Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Wednesday, August 26, 2009

UBAT PENENANG HATI

0
Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah

  • Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah
  • Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya
  • Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya
  • Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya
  • Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusa n berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

Saturday, August 22, 2009

Kini T-Rex 250 Ayah yang punya...

0
Ketiadaan ayah rindu terasa. Ayah baru2 nie mengikuti bengkel BTP sebagai Panel Penilai Papan Cerita e-Bahan Pendidikan Islam SR Tahun 1 & 2. Bertempat di Quality Hotel, S.Alam. Memang rezeki ayah kerana ditakdirkan menginap dibilik yang sebesar2 bilik disitu. katanya conner lot. Mujur kakak exam OTI3 kalu tak pasti join ayah sekali.

Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penilai, kalut dengan beberapa perubahan 'Tranformasi Kurikulum' mulai 2011 maka e-bahan perlu seiring dengan content tersebut. Rupa-rupa ayah balik bersama T-Rex 250 yang memang diimpikannya sebelum ini. Kesempatan berada di lembah kelang tersebut sempat ayah gi beli idamannya itu.

Kini ayah sedang giat berlatih menerbangkan T-Rex 250, yang sememangnya adalah hobi extrem bagi lelaki berkeinginan terhadapnya. Kami sekeluarga tumpang tengok ajelah.... so far yang ini heli kedua ayah setelah LamaV4 ayah yang masih menjadi bahan latihannya.

Nak tahu apa itu T-Rex 250 ? taipkan digoogle pasti akan kelihatan gah nya pepatung terbang.
Kata ayah .... "kerja siap, impian tercapai"......

Monday, August 17, 2009

Menjamu Diambang Ramadan di rumah baru.....

0
15 Ogos 2009, setelah persiapan dilakukan seminggu dua ni, Alhamdulillah kami berjaya menganjurkan Kenduri Kesyukuran di Teratak Baitul Hikmah, Desa KPMP, Kg. Gajah. Jemputan adalah sekitar ahli keluarga, jiran tempatan, kenalan rapat, rakan setugas dan mana2 yang bertembung sehari dua ni.

Bermula pada jam 1230 tghri, ayah mengetuai bacaan Yasin , Tahlil dan doa selamat. seterusnya menjamu selera dengan memenukan ayam kari HPA, udang petai, gulai keladi dan ulam ulaman.
Alhamdulillah sekitar 88 orang telah HADIR dalam jemputan hari ini walaupun kenduri disekitar kawasan setempat amat banyak. Terima kasih kepada jemputan.

Namun kehadiran Makcik Na yang 1st time drive solo bersama anak2 dari Ipoh amat mengharukan. Semangat dan nekad mereka sekeluarga tanpa ayah mereka akhirnya mereka hadir bersama walaupun jam500 ptg baru tiba.

Sememangnya AGENDA siang bacaan yasin , tahlil dan doa selamat , namun ayah juga menganjurkan 'Solat Hajat berjemaah sesama keluarga' diadakan disebelah malam. Uda Aziz menjadi khalifah Yassin dan ayah menjadi Imam Solat Isya' & Solat Sunat Hajat.

Dalam masa yang sama sebenarnya malam ini adalah malam sambutan ulangtahun ke-7 saya, Kakak Madihah. Disamping Kakak diraikan, sikembar Afnan & Arfan juga dinyanyikan bersama 'Selamat Hari Jadi'..... Kakak diraikan oleh Wanchik Azizah yang sanggup membeli kek birthdaynya. Disamping hadiah dan doa yang dipersetujui Kakak mengucapkan jutaan terima kasih diatas celebration seumpama ini.

MOGA UMUR MENINGKAT SEJAJAR DENGAN ILMU YANG DIMANFAAT

Sunday, August 9, 2009

Merasai Yang HALAL & meyakini 100% keluaran Empayar RFC

0
7 - 8 Ogos 2009, kami sekeluarga telah berpeluang bergerak ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia, Perak - Bertam, Kepala Batas - Empayar Radix, Sg Petani - Kg. Gajah. Setelah selesai urusan 'plan masa depan' di Bertam, Kepala Batas , kami bergerak ke Sungai Petani. Sewaktu perjalanan ke Sg Petani, Umi sentiasa membisikkan agar ayah membawa kami ke RFC di sana. Ayah cool je, InsyALLAH katanya. Namun setelah menyusuri plaza Tol Sg Petani Utara kami terus menuju ke Laguna Merbok rumah Pak Ngah Azman & Makcik Ana.

Dalam situasi perut kelaparan terkawal, Pak Ngah Azman & Makcik Ana mempelawa kami untuk bergerak ke bandar mencari selera malam. Sepanjang perjalanan disajikan 'empayar HPA' yang sangat mengagumkan. Malam ini 'Radix Oriental Cuisine' ROC menjadi pilihan Pak Ngah memperkenalkan selera mereka kepada kami. Memasuki premis tersebut sangat menerujakan kami, bukan 'perrak' tapi bangga pengusaha Muslim menerajui restoren ini dengan pemakanan yang 100% HALAL dan diyakini. Menu dan suasana semacam restoren ala-ala cina memungkinkan kami berselera menjamah makanan.

Keesokannya pula (Sabtu) kami dibawa ke RFC Laguna Merbok. Sekali lagi perasaan bangga kami apabila selama ini KFC tiada saingan namun kemunculan RFC adalah pilihan TEPAT buat kita orang Muslim yang diyakini 100% keHALALannya. Ini suatu yang perlu diambil perhatian buat kita dalam mendapatkan yang HALAL daripada yang TERBAIK. Sesungguhnya Empayar HPA adalah usaha yang sangat BAIK buat kita umat ISLAM seantero Malaysia. Moga ianyakan berkembang pesat ke bandar-bandar besar lain kelak.

Apa-apa pun TERIMA KASIH bebanyak buat PakCik Azman & Makcik Ana yang sudi menjadikan cuti hujung minggu ini melayan adik, kakak, umi & ayah. InsyALLAH kami akan sampai lagi.

Sunday, August 2, 2009

Kelahiran Bit-bit baru kami

0
Inilah ragam penghuni rumah ini. Saat - saat bermain dengan bit-bit adalah yang paling seronok dan teruja adalah ketika usia bit tersebut sekitar 10 - 20 hari. Bersama-sama ini adalah ragam mereka yang memang digerami oleh dua puteri penjaganya.

Setelah kelahiran Ilmu, Iman & Amal pada Jumaat minggu lepas, kini koleksi bit2 kami berjumlah 13 ekor. Namun 2 ekor diantaranya telah dihadiahkan ke Keluarga Twin Umi di Pulau Kundur , Kota Baharu , KELANTAN. Moga Siddiq & Fatonah sihat2 sentiasa disana.










Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort