Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Wednesday, July 29, 2009

Kenali bit-bit kami sehingga kini....

0


Monday, July 27, 2009

Doa Umi... terima kasih Cikgu...

0

Dalam tempoh 6 bulan pertama Januari - Julai 2009, Kakak Madihah telah berjaya menghabiskan bacaan buku peringkatnya berjumlah 207 buah. Ini adalah pencapaian terbaik pelajar SK Lambor Kanan peringkat umur 7 tahun.

Namun apa yang lebih membanggakan, buku berjudul 'Coretan Hati Nik Nur Madihah' terbitan HR Publishing adalah buku yang paling tebal telah selesai dibaca dalam tempoh beberapa hari sahaja. Moga minat dan hobinya membaca buku akan dapat diteruskan dengan cemerlang demi menjadikan Ilmu tunggak kejayaan DUNIA & AKHIRAT

Uncle Haris Ke Rumah Kami.....

0
Ziarah Uncle Haris sekeluarga. Pada 17 Julai 2009.
Kami dikunjungi tetamu pertama di teratak kami
No. 2, Jalan Mohamad Perak 3,
Taman Desa KPMP, Kg. Gajah.


Terima kasih Humaira' sekeluarga , mai datang lagi.

Friday, July 17, 2009

Kehadiran PENUH BERMAKNA :MTQ Peringkat Kebangsaan 2009

0
Setelah selesai mengecat ruang tamu teratak kami, maka terlintas bahawa malam ini agak free untuk kami sekeluarga menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 di UTP, Seri Iskandar. Dengan azam bahawa bukan senang nak dapat peluang maka tekat meneruskan usaha untuk ke majlis tersebut. Dewan Canselor UTP menjadi saksi kehadiran ramai pengemar ayat2 suci al-Quran.

Malam ini amat bertuah buat kami sekeluarga. Bermula dengan pertemuan bersama sahabat lama (Usth Rogayah Zainun Abidin) kami yang pada mulanya ingin merakamkan photo kenangan astaka tersebut, lantas kami sekeluarga dipelawa untuk terus duduk di pentas utama VIP bertentangan dengan astaka. Duduk di saf ketiga, kami diselindung dengan dif2 VIP lain. Setelah dok sat.... terperasan bahawa ayah adalah satu2nya tetamu di tempat duduk ini berkopiah putih, yang lain tu kesemua bersongkok skima tinggi. Cekal dihati kami terus taat mendengar taklimat. Majlis malam ini bermula dengan bacaan oleh peserta2 tilawah.


Sungguh terharu apabila pada malam ke-3 ini, ramai peserta yang hebat2 belaka. Kebanyakannya adalah bekas finalis AKADEMI AL-QURAN yang rata2 bacaan mereka kelas gitu. Johan menunggu Qari & Qariah juga memperdengarkan bacaan mereka pada malam ini.


Sesungguhnya peluang seumpama ini sukar dilupai. Syukur ALHAMDULILLAH. Moga ALLAH memberkati segala usaha seumpama ini. JOM kesana BERSAMA! JANGAN LEPASKAN PELUANG.

Sunday, July 12, 2009

Sukar nak percaya PEMAJU SEBANGSA

0
Setelah sekian lama, kami menunggu akhirnya kami masuk dulu.
Kepada sahabat & taulan, mailah ke rumah kami.

Friday, July 10, 2009

Makan Malam Amal Al-Munir 2009

0

Alhamdulillah untuk tahun ini sekali lagi kami telah berpeluang bersama Program Makan Malam
Al- Munir.

Ini adalah ruang dan aktivit mengumpul dana secara tahunan Al-Munir kearah memantapkan lagi kekuatan kewangan institusi pendidikan SRA malaysiakini.

Tahniah & terima kasih kalian warga Al-Munir Team.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort