Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Tuesday, June 23, 2009

Kenangan dikongsi Impianku cari.... Hajatku dinanti...

0

Monday, June 8, 2009

Trip Bercuti Sambil Balik Kampung Kami Bermula

0
Ya Allah selamatkan perjalanan kami....amin.

Ceria Bersama Bertambah Ahli Keluarga - Fadzil & Khairul Bariah di IPOH 7.6.09

0
Rasa bersyukur, Alhamdulillah
Ceria dan rasa syukur, bertambah ahli baru dalam rumpun
Infaq Keluarga Kami.
Selamat Pengantin Baru, Jangan Jemu-jemu.
- daripada Madihah, Majidah,
Mak Su Linda & Achik Amir

Saturday, June 6, 2009

Hantar Angah Ke Langkap : 06.06.09.

0
'Keluarga Cemerlang Keluarga Bahagia, Keluarga Beragama Berkat Sentiasa'


MOGA KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT.

Jadikan rumahtangga itu , amanah yang akan dipersoalkan dengan diakhirat kelak.

Hadir Majlis Pernikahan Angah vs Kak Ngah (Dr. Fadhil & Dr. Khairul Bariah)

0
Jam 8.00 mlm kami bertolak ke Langkap, Perak. Majlis pernikahan sepupu anak2ku Dr. Fadhil dengan Dr. Khairul Bariah , dijalankan di Masjid Jamek Langkap.
Syukur Alhamdulillah , bertambah lagi seorang ahli keluarga yang baru dalam rumpun kami.
SELAMAT PENGANTIN BARU. TAHNIAH & SYABAS
kerana telah selamat diijab kabulkan.


Tuesday, June 2, 2009

Catatan Hati Pelajar Cemerlang : MESTI DIMILIKI & DIBACA

0
Setelah memiliki buku 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' dan menonton VCD 'Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah' (pelajar terbaik SPM 2008), jiwa saya tersentuh dengan jutaan kepayahan yang telah dihadapi oleh dirinya dalam memperolehi kejayaan cemerlang.Kini setelah membaca 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' pula, maka jelas kepada kita bahawa tiada halangan dan rintangan yang kita lalui melainkan kita perlu berpegang teguh kepada Aqidah yang tulen terhadap ALLAH yang Maha Pencipta.

Buku ini MESTI dibaca oleh kita insan pendidik bagi menjadikan suatu lontaran ILMU yang mendalam buat anak2 didik yang dipertanggungjawabkan kepada kita seharian. Panduan buat ibu bapa dalam melahirkan insan cemerlang dimuatkan."Memberi rezeki yang halal dari yang halal seperti orang mencari sesuatu yang terbaik dari yang baik" - prinsip Ayah Nik Nur Madihah.Kematangan Madihah dalam berbicara & nukilan catatan hatinya jelas dapat dihayati oleh kita yang membaca atau menonton VCD tersebut.

Usaha menampilkan contoh kejayaan seumpama ini dikalangan golongan remaja amat baik dan diharapkan ianya akan menyentuh perasaan kita setelah menjadi pembaca & penonton VCD ini.

- Madihah 7, sendiri masih cuba menghabiskan bacaan tersebut dan memahaminya. Moga bahan bacaan ini jadi iktibar dan boleh jadi panduan buat dirinya & Majidah 6, adiknya.

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort