Syarahan B.Arab Ihtifal KAFA 2011

Tahnik Muhammad Uwais

Friday, April 24, 2009

Impianku : Madihah

0

Daku menanam cita2 untuk menghafal Al-Quran. Moga ianya kan menjadi kenyataan.

Jinakkan Kita & Anak Kita dengan Al-Quran

0

Kepentingan Mengajar Al-Quran Awal Kepada Si Manja
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun,
Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan



Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”
Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin.
Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:
“…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran...” (Surah al-Qamar, ayat: 13)
Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya. Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mukjizat
Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.
Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu. Ia akan meninggalkan kesan bekas selamanya.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak.
Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.
Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

  • Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

  • Kanak-kanak boleh bercakap lebih awal jika kanak-kanak itu lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.

  • Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan kurang berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.

  • Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
    Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.

  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan .
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran. Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya.

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Wednesday, April 22, 2009

SELAMAT BERPINDAH BUAT BIT2 KAMI

1
Hari ini...maka berpindahlah bit-bit adik kakak dari depo tahanan terpencil ke Pondok Kos Rendah. Hai lah bit2 beruntungnya kamu, adik kakak nie asyik ulang alik-ulang alik je ke teratak kami namun masih gagal untuk diduduki....

Pemaju Melayu (EMKAY) yang rakus..... pembeli macam kami dikhianati, 5 tahun menunggu rumah kami belum dapat didiami......
Sabo aje le....

Tuesday, April 21, 2009

Muhasabah Bersama Keluarga Kita

0


Bagaimana agar perkahwinan kita mendatangkan redha Allah? Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah? Ada tiga rumus dalam Quran Surah Al-Ashr. Setiap bertambah hari, bertambah umur, kita itu merugi kecuali tiga golongan kelompok yang beruntung. Nah buat sahabat-sahabat yang merencanakan untuk berumahtangga silakan semak panduan berikut:

Pertama adalah rumahtangga yang selalu berfikir keras bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat. Tidak ada orang ikhlas kecuali yakin kepada Allah. Tidak ada sabar kecuali kenal kepada Allah. Tidak ada orang zuhud kecuali orang yang tahu kekayaan Allah. Tidak ada orang tawadhu' kecuali orang yang tahu kehebatan Allah. Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita. Setiap hari dalam hidup kita seharusnya difikirkan bagaimana kita dekat dengan Allah. Kalau Allah sudah mencintai mahluk segala urusan akan beres.


Oleh itu, apa pun yang ada dirumah harus menjadi asbab kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beli barang apa pun harus yang disukai Allah. Supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah. Boleh memiliki barang yang bagus tanpa diwarnai dengan takabur. Bukan perkara mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah nanti mampu dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak. Bahkan dalam mendengar lagu yang disukai Allah siapa tahu kita dipanggil Allah ketika mendengar lagu. Rumah kita harus Allah oriented. Kaligrafi dengan tulisan Allah. Kita senang melihat rumah mewah dan islami. Jadikan semua harta jadi dakwah mulai kenderaan sampai rumah.


Apa yang kita fikirkan, Allah sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang harus kita fikirkan adalah bagaimana dekat dengan Allah, selanjutnya Allah yang akan mengurus. Kalau hubungan kita dengan Allah bagus semua akan beres. Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.


Kedua adalah rumahtangga yang paling produktif dalam kebaikan. Wang paling berkah adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Kaya boleh asal produktif. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang. Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk ummah yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Jadi fikiran kita bukan akan apa kita dapat? Tapi apa yang boleh kita perbuat? Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak aad upaya lagi. Kalau sudah melaksanakannya, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.


Ketiga adalah rumahtangga yang dihiasi saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan wibawa. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum ia menjadi orang yang boleh dinasihati. Tidak akan mampu kita memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat. Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kesuksesan hidup. Sayang, hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

Sunday, April 19, 2009

Mereka inilah rakan sepermainan kami...

1

Bermula dengan Si Syukur & Si Nikmat, maka kini sudah berkembang dengan generasi pertamanya yang masih tidak bernama. Kelahiran 7 ekor pada 12 RabiulAwal 1430 tempohari, kini hanya tinggal 4 ekor. Sunnah alam. Masih tak sempat muatkan photo ketika ayah menjadi bidan kepada Si Syukur. Insyallah kelak kakak akan kongsikan utk tatapan.
Cadangkanlah nama yang terbaik bagi 4 ekor itu? Boleh tak?

Memori Indah ...

Memori Indah ...

Kongsi Pengalaman Ayah Umi

Family Day 2010 @ Cinta Sayang Resort